Post kali ni aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang
pemakanan or diet. Mengikut saranan pengambilan nutrient (RNI) recommended kalori
bagi lelaki ialah pada 2440kcal dan wanita 2000kcal setiap hari (RNI Malaysia
2005). Bagi mengurangkan berat badan kita perlulah mengambil kalori lebih
rendah daripada keperluan harian ini dan dan untuk menstabilkan berat badan
perlulah mengambil kalori pada kadar yang sama dengan keperluan. Keperluan ini
berubah apabila kita melakukan aktiviti fizikal dimana keperluannya akan
meningkat. So kalo nak pilih makanan perlulah jumlah kalori seharian makanan
kita kurang dari keperluan ini. .gambar ini akan buat korang lebih memahami..
Input-Kalori yang kita ambil
Output-Kalori yang digunakan
So ada sedikit panduan yang aku nak kongsikan...mari baca bersama yer...
Habit makan
1. Minum air masak seteguk dua lepas makan kemudian selepas
30minit baru minum air masak seperti biasa.
2. Kurangkan minum air sejuk selepas makan
3. Makan buah dahulu (sunnah) dan selepas makan.
4. Pilih air masak or air mineral melebihi air-air manis
yang lain
5. Jangan baring-baring selepas makan tetapi berehat
seketika
6. Jangan makan lewat malam..selalu paling lewat pukul 9
malam je..
7. Makan perlahan-lahan (sunnah)
8. Makan ikut masa..pagi makan..tengahari dan malam pada
kuantiti sederhana
Panduan memilih makanan
1. Biasakan memilih makanan berserat tinggi terutama masa
sarapan
2. PIlih cara masakan yang lebih baik seperti kukus, rebus
dan grill..kurangkan yang bergoreng..kalo masak sendiri masak cara pan fried.
3. Membuang kulit dan lemak pada ayam dan daging
4. Pilih ikan berbanding ayam dan daging
5. Lebihkan memakan sayur dan buah (bagi yang tidak makan
sayur..makan buah pelbagai jenis )(Buah juga perlu dipilih kerana terhadap buah
yang banyak glucose…pilih yang lebih tinggi nilai serat berbanding glucose….sy
cadangkan jambu air without asam dia tuh)
6. Minum jus buah baik..tp kurangkan gula atau tanpa gula
langsung
7. Nasi putih jadi pilihan berbanding nasi lain seperti nasi
lemak,nasi beriyani or even nasi minyak kt kenduri
8. Kurangkan meminum air-air cordial terutama yang dijual
dipasar malam seperti air jagung (terpaksa aku sacrifice minum air jagung ni
tau)
9. Kurangkan gula dalam minuman seperti kopi dan teh..kalo
korg tak cuba memang susah korang nk start minum air takde rasa manis ni…tp for
your health kenelah juga
10. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan
11. Pilih makanan yang kurang kandungan kalorinya..korg kene
rajin baca nutritional label..tgk kandungan kalori yang ada dalam makanan tuh..(nanti
aku post kandungan kalori yang ada dalam makanan)
12. Kurangkan memilih makanan fast food seperti McD ke KFC
ke..makanlah 2 minggu sekali ke kalau dah mengidam sangat
13. Pilih makanan atau lauk yang tak gunakan santan..contoh
pilih makan sambal dari makan kari..
14. Kurangkan makan MAGGI..Favorite aku dulu ni…hehe
15. Banyakkan minum air masak
15. Banyakkan minum air masak
Ni sedikit sebanyak jumlah kalori yang ada pada makanan yang patut diambil tahu..
Food serving size kcal
Roti canai 1 set 339
Dosai 1 set 340
Capati 1 set 322
Nasi lemak a plate 687
Nasi goreng a plate 386
Nasi kerabu a plate 535
Mee goreng a bowl 281
Mee kari a bowl 702
Mee sup a bowl 355
Mee bandung a bowl 491
Soto ayam a bowl 528
Nasi putih a plate 250
Nasi lemak a plate 687
Nasi goreng a plate 386
Nasi kerabu a
plate 535
Nasi ayam a
plate 565
Nasi beriani a plate 559
Nasi dagang a plate 508
* LECTURE
Prof
Dr Norimah A.Karim
Faculty
of Health Sciences
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Kuala
Lumpur
No comments:
Post a Comment